Wednesday, November 11, 2009

pink ribbon campaign..

seperti yg sedia maklum.. Oktober adalah breast cancer awareness month.Walaupun saya agak lewat untuk berbicara mengenai isu ini, bak kata org jawa late is better than nothing.. kan? hehe

Macam2 kempen yg di anjurkan oleh bdn berkanun dan NGO sebagai satu pendedahan tentang kesedaran mengesan kanser payudara dan sebagai satu sokongan kepada breast cancer's survivor tak kira di mana mrk berada. Sbg contoh di Hallmark channel astro (702) dan ria (104), serta stesen televisyen swasta spt 8tv dan rtm, mrk menyiarkan iklan tentang kesedaran mengesan awal kanser payudara serta testimoni dari beberapa org pesakit2 kanser ini yg telah sembuh. Tidak lupa juga dalam rancangan Oprah Winfrey show yg disiarkan setiap hari jam 8 mlm di Hallmark Channel temuramah bersama Dr. Oz serta aktres Hollywood yang mjd kanser survivor.

Sebenarnya apa yg ingin diketengahkan saya dlm isu kali ini bkn semata-mata pink ribbon campaign tetapi sebagai peringatan kepada pembaca khususnya wanita akan pentingnya melakukan pemeriksaan payudara secara berkala atau PSP (pemeriksaan sendiri payudara).Saya yakin sesetengah dari anda mugkin akan mengendahkan tentang hal ini. Mungkin kerana anda merasa "owh tidak, aku masih muda," atau "perkara ini sesuai untuk ibu-ibu atau wanita 40-an". Sebenarnya anda silap. Kanser tidak pernah mengenal mangsa!!

Bicara ini ditulis berdasarkan pengalaman saya sendiri. Walaupun bukan kategori kanser yang memerlukan rawatan kemoterapi atau radioterapi, atau mastektomi (pembedahan untuk membuang payudara) namun tempiasnya tetap kena pada diri saya. Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya mendapat pencegahan dan rawatan awal sebelum menerima risiko yang lebih buruk lagi. Namun begitu saya mempunyai 3 org saudara yang menghidap breast cancer dan hanya seorg yg msh survive.

Di sini suka untuk saya ingatkan. Lakukan PSP setiap bln iaitu 7 hari selepas datang haid. Sekiranya terdapat sebarang ketulan atau keluar cecair atau darah segeralah berjumpa dengan doktor. Anda dinasihatkan untuk tidak berjumpa dengan pengamal perubatan tradisional sebelum berjumpa dengan doktor. Namun anda punya hak untuk memilih kaedah rawatan yang sesuai dengan anda kerana negara kita mengamalkan hak kebebasan untuk memilih.

Secara peribadi saya menyokong seratus peratus kempen reben pink ini kerana ianya membawa banyak kesedaran kepada saya dan keluarga saya tentang kanser payudara dan pengesanan awal untuk mencegah sebelum semuanya terlambat. Ingatlah bahawa mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

1 comment: